PENGENALAN KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG

KKolej Komuniti Santubong terletak di bawah Parlimen Santubong dan telah ditubuhkan pada 14 Februari 2008 beralamat di kawasan Perniagaan Demak Laut, Jalan Bako, Kuching. Kawasan ini berada dibawah kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut iaitu salah satu daripada 3 kawasan D.U.N dibawah Parlimen Santubong.
Tujuan utama penubuhan Kolej Komuniti SeMalaysia adalah untuk memberi tunjuk ajar dalam bidang kemahiran kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan pendapatan per-kapita. Oleh itu, penubuhan Kolej Komuniti Santubong kendalian Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan sebagai sebuah entiti yang boleh memberikan sumbangan dalam merealisasikan hasrat kerajaan iaitu melalui adanya Unit PSH/PISH (Pembelajaran Sepanjang Hayat/ Pendidikan Islam Sepanjang Hayat) yang bersifat memberi galakan dan penglibatan kepada masyarakat setempat mahupun seluruh komuniti di Parlimen kawasan Santubong

DDitubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, Kolej Komuniti Santubong berperanan sebagai tempat untuk memberi pendedahan kepada mereka dengan kendalian kursus-kursus Pendek yang ditawarkan. Lulusan Sijil Sepenuh Masa Kolej Komuniti Santubong juga berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang berkaitan atau boleh membuka perniagaan sendiri.