UNIT KEUSAHAWANAN

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

UUnit Keusahawanan memainkan peranan penting dalam menganjurkan pelbagai program pembangunan kemahiran keusahawanan, bertujuan untuk membentuk pelajar yang berdaya saing, kreatif, dan inovatif. Unit ini juga memberi fokus kepada usaha membudayakan nilai-nilai keusahawanan melalui aktiviti praktikal, seperti latihan amali, seminar, bengkel, dan pertandingan. Selain itu, Unit Keusahawanan turut menyediakan bimbingan dan sokongan kepada pelajar yang berminat menceburi bidang perniagaan, termasuk penyediaan platform seperti geran permulaan, pameran produk, dan kerjasama strategik dengan agensi luar. Sokongan ini tidak terhad kepada pelajar sahaja, malah unit ini aktif membantu jabatan akademik dan bukan akademik dalam melaksanakan fungsi mereka secara lebih efektif, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan keseluruhan institusi.





















OBJEKTIF & FUNGSI



Program Keusahawanan

Merancang & melaksana program-program keusahawanan

Pemikiran Keusahawanan

Menanam & membina sikap keusahawanan di dalam diri pelajar

Keusahawanan

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang keusahawanan

Inkubator/Kolaborasi

Mengadakan program inkubator/kolaborasi keusahawanan